Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ

1. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh KPK?

  1. Kelewatan / tiada tindakan;
  2. Tindakan tidak adil;
  3. Salah laku anggota awam;
  4. Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan;
  5. Kegagalan penguatkuasaan; dan
  6. Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.

2. Adakah pelbagai aduan berkaitan industri pelancongan boleh dirujuk  kepada MOTAC?
Ya, KECUALI aduan terhadap:

  1. Premis penginapan pelancongan (hotel - gigitan serangga, kebersihan, keselamatan bangunan) dibawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan http://www.epbtonline.gov.my/
  2. Pengangkutan awam (penerbangan, teksi, keretapi, bas termasuk bas express)adalah dibawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan Malaysia aduan@mot.gov.my
  3. Kebersihan tandas awam, pembuangan sampah disekitar pantai dan tempat tarikan pelancong - dibawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan http://www.epbtonline.gov.my/
  4. Kecurian, rompak, ragut, ugutan dibawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia ispaaapdrm@rmp.gov.my
  5. Kad keahlian pelancongan dibawah bidang kuasa KPDNKK atau Tribunal Tuntutan Pengguna
  6. Pakej Haji dibawah bidang kuasa Lembaga Tabung Haji https://www.tabunghaji.gov.my   
  7. Keselamatan bot pelancong, jeti haram dibawah bidang kuasa Jabatan Laut Malaysia http://www.marine.gov.my
  8. Visa pelancong -dibawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia pro@jim.gov.my
  9. Tourism Tax - dibawah bidang kuasa Jabatan Kastam Malaysia enquiry.tourismtax@customs.gov.my

3. Adakah tuntutan ganti rugi penipuan pakej pelancongan/umrah/perkhidmatan boleh dibuat melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya?
Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya tidak mempunyai kuasa untuk memastikan syarikat/agensi memberi pulangan ganti rugi bagi sebarang tuntutan penipuan/gantirugi pakej pelancongan/umrah atau perkhidmatan. Sebarang tuntutan ganti rugi/pampasan perlu dituntut melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) https://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php/my/etribunal

4. Adakah aduan mengenai homestay (rumah tumpangan persendirian) boleh dipanjangkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya?
Homestay yang diklasifikasikan oleh Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya adalah berkonsepkan homestay inap desa justeru itu, aduan berkaitan homestay persendirian atau rumah penginapan persendirian adalah dibawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

5. Berapa lama KPK MOTAC menjalankan siasatan?
Standard Operating Procedures (SOP) MOTAC, menetapkan bahawa setiap aduan  yang dikemukakan mesti diselesaikan dalam tempoh 15 hari. Tempoh masa penyelesaian kes tertakluk kepada kategori aduan sama ada kes mudah, sederhana dan rumit. Kes mudah boleh diselesaikan serta merta atau 3 hari. Kes sederhana boleh diselesaikan dalam tempoh 5 hingga 15 hari.

6. Adakah hasil siasatan akan dimaklumkan kepada pengadu?
Ya, maklumbalas akan diberikan kepada pengadu setelah siasatan kes selesai mengikut kategori kes yang telah diklasifikasikan oleh pegawai penyiasat.

7. Bagaimanakah cara pengadu ingin menyemak hasil maklumbalas?
Maklumbalas boleh disemak melalui Portal SISPAA

8. Adakah maklumat pengadu dirahsiakan?
Ya, maklumat pengadu akan dirahsiakan.

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader